Saturday, April 01, 2006

BUMIPUTERA TERUS KETINGGALAN

A Kadir Jasin

ITULAH antara kesimpulan yang boleh kita buat berasaskan matlamat Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada 31 Mac.

Walaupun banyak rancangan dan peruntukan ditujukan kepada usaha membasmi kemiskinan dan menyempitkan jurang pendapatan antara kaum, namun Bumiputera akan kekal di tempat ketiga.

Misalnya, RMK-9 meramalkan penyempitan jurang pendapatan antara Bumiputera dengan kaum Cina dan India antara tahun ini dan tahun 2010, namun Bumiputera akan kekal pada anak tangga paling bawah.

Jurang pendapatan antara Bumiputera dan Cina diramalkan menjadi bertambah sempit daripada nisbah 1:1.64 pada tahun 2004 kepada 1:1.50 pada tahun 2010.

Dalam bahasa yang mudah, pada nisbah tahun 2004, bagi setiap RM1 yang diperoleh oleh seorang Bumiputera, seorang Cina memperoleh RM1.64.

Kalau pendapatan Bumiputera naik kepada RM2, pada nisbah tahun 2004, pendapatan Cina akan naik kepada RM3.28.

Tetapi pada nisbah 1:1.50 pada tahun 2010, jika pendapatan Bumiputera bertambah RM2, pendapatan Cina bertambah RM3.

Kalau diterbalikkan andaian ini, jika pendapatan orang Cina meningkat kepada RM4.50, pendapatan Bumiputera dijangka meningkat kepada RM3.

Jurang pendapatan antara Bumiputera dan India pula diramalkan mengempis daripada nisbah 1:1.27 pada tahun 2004 kepada 1:1.15 pada tahun 2010 sementara antara luar bandar dan bandar daripada 1:2.11 pada tahun 2004 kepada 1:2 pada tahun 2010.

Ringkasnya, walaupun pendapatan Bumiputera dijangka meningkat dengan lebih pesat dalam tempoh RMK-9, namun mereka kekal mengekori kaum Cina dan India. Begitu juga pendapatan luar bandar, di mana majoriti Bumiputera tinggal, akan terus mengekori pendapatan bandar.

Pencapaian 30% Ekuiti Bumiputera Ditangguhkan Lagi

DEMIKIAN juga keputusan mengekalkan matlamat pemilikan modal Bumiputera pada kadar 30 peratus dan menangguhkan tempoh pencapaiannya hingga tahun 2020. Kewajaran keputusan ini pasti menjadi tanda tanya.

Pertama, matlamat ini sepatutnya dicapai pada penghujung Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1990. Tetapi gagal. Hari ini, 15 tahun selepas DEB tamat, ekuiti Bumiputera, termasuk yang dipegang oleh agensi amanah (trust agencies), hanya 18 peratus.

Kini Perdana Menteri Abdullah menangguhkan sekali lagi tempoh pencapaiannya sehingga tahun 2020 (menurut laporan New Straits Times, 1 April).

Setelah Kerajaan gagal mencapai matlamat itu 15 tahun selepas tamat DEB, apakah jaminan ia akan dapat memenuhinya dalam masa 15 tahun dari sekarang.

Lagipun, mengapa kekal 30 peratus? Siapa yang akan memiliki baki 70 peratus itu? Apakah ini wajar?

Pada kadar kelahiran sekarang, nisbah penduduk Bumiputera berbanding kaum-kaum lain pada tahun 2020 mungkin lebih tinggi. Jadi, wajarkah pemilikan ekuiti mereka kekal 30 peratus?

Dasar mengutamakan GLC tidak salah. Tetapi sejauh mana ia membantu mempertingkatkan modal Bumiputera terus menjadi tanda tanya.

Ini adalah kerana saham yang dimiliki oleh GLC bukan saham Bumiputera. Ia saham semua rakyat Malaysia.

Ekuiti Bumiputera hanya boleh ditingkatkan jika pelaburan agensi amanah seperti PNB dipesatkan dan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera dibina semula.

10 comments:

Anonymous said...

Apa yang sudah berlaku kepada agihan saham-saham kepada Bumiputera selama ini? Setahu saya setiap syarikat di BSKL perlu mengagihkan 30% saham kepada Bumiputera apabila disenaraikan. Ini tidak termasuk syarikat syarikat JV antarabangsa yang mempunyai syarat syarat istimewa untuk meningkatkan keperatusan Bumiputera. Saya cadangkan saham saham Bumiputera ini dihadkan jualannya kepada Bumiputera sahaja supaya "leakages" sedemikian dapat dibendung. Sama seperti jualan jualan tanah tanah atau rumah rumah bertaraf Bumiputera.

Anonymous said...

Kita terus saja dibuai dengan tohmahan Melayu sudah mencapai kedudukan yang boleh bersaing dengan Cina dan India. Kononnya Melayu tidak lagi perlu mendapat sokongan, walau pun Hak Istimewa Melayu termaktub dalam Perlembagaan dan tidak boleh dipersoalkan.
Maka tidak menghairankan akhbar Inggeris NST (yang tidak lagi dikuasai Melayu dalam jabatan editorialnya), the Star (kepunyaan Cina) dan The Sun (juga kepunyaan Cina) terus menerus persoalkan kedudukan istimewa Melayu ini.
Malah Sun minggu lalu menyebut kononnya di Lembah Kelang kini kebanyakan daripada kereta mewah Mercedez, BMW dan Toyota Herrier adalah kepunyaan Melayu. Inilah gambaran yang sengaja hendak disampaikan kononnya Melayu sudah kaya raya dan melebihi kekayaan Cina.
Maka dengan itu apa perlu mereka diberi keistemewaan lagi. Mereka patut sudah boleh bersaing sama rata dengan bukan Melayu. Tak perlu lagi Melayu di beri keistemewaan memasuki IPTA atau menerima biasiswa untuk pelajaran.
Ramai tidak sedar angka penguasaan Melayu dalam syarikat-syarikat juga mengambil kira syarikat yang walaupun dikusai 51 peratus Bumiuputera (ia itu 49 peratus kepunyaan bukan Melayu) masih dikira sebagai dipunayi keseluruhnya Melayu. Maka angka yang sebenar mengenai penguasaan Melayu dibidang perniagaan adalah tidak betul.
Inilah yang patut disedari oleh semua baik Melayu mahu pun bukan Melayu.

Al-mu Syahrisyawal Ahmad said...

Tetapi Bumiputera tidak hanya ketinggalan dalam sektor ekonomi sahaja...

Need the right mind for the right job...

Just my 2 cents...

Anonymous said...

Paklah memang suka tangguh-tangguhkan kerja...

Anonymous said...

Bumiputra is equivalent to GLC: Proton. Despite the fact the government has protected Proton for 20 years, Proton still failed. Likewise, the government has protected Bumiputra via NEP or NDP for more than 30 years, the Bumiputra still failed. Malaysia Boleh! I have no respect for them.

Azwad said...

MUngkin kita perlu tekankan kepada pendidikan. Pendidikan bukan hanyua akademik tetapi membina sifat yakin, berdikari, keusahawanan. berani mencuba dan segala sifat-sifat yang sering ada pada orang yang berjaya dengan titik peluh sendiri. Dulu, saya fikir orang yang asyik fikir pasal bagaimana nak dapat duit ialah orang yang mata duitan dan paling teruk lagi tidak tahu bersyukur. Konsep bersyukur saya rasa perlu diterangkan kepada anak-anak muda dengan lebih jelas. Tak bermakna orang yang asyik fikir pasal duit tak ingat Tuhan. Dulu saya fikir macam tu. Saya yang salah. Sekarang ramai kawan-kawan saya yang lebih berjaya dari segi akademik mudah berpuas hati dengan makan gaji. satu kereta, satu rumah dan balik rumah lepas pukul 6. Say rasa rugi sikit pasal masa diorang jadi pemimpin di universiti, banyak kejayaan dicapai. Kalaulah diorang jadi usahawan, bayangkanlah!

-thethinker- said...

wajarkah pegangan ekuiti dinisbahkan berdasarkan peratusan sesuatu kaum dan bukannya usaha dan perih keringat ? Jika ini disuarakan oleh golongan yang tak berilmu, maka bolehlah diterima bahawa kurangnya ilmu di dada mempengaruhi permikiran di otak. Mempersoalkan nisbah penguasaan ekuiti berdasarkan kaum adalah sesuatu yang menyedihkan.. tambahan pula datangnya dari seseorang yang bernama Kadir Jasin.Adakah saudara kadir jasin mengatakan bahawa perjuangan fahaman komunisme yang memperjuangkan "menegarakan" kesemua ekonomi sesuatu negara dimana rakyat adalah pemilik kesemua sektor ekonomi sebagai satu sistem yang ideal. Tentunya tidak .. dan tentunya bangsa Malaysia keseluruhannya menolak fahaman yang dangkal ini.

Tatkala kita memperjuangan pembinaan jatidiri semangat jiwa sebagai sebuah bangsa Malaysia. Di ungkitkan pula persoalan yang amat tidak relevan ini. Apakah kaum Cina atau India di Malaysia ini bukan warganegara yang melafazkan taat setia dan cinta kepada Malaysia. Tidakkah mereka ini warganegara yang sah sama ada dari segi undang-undang mahupun dari segi rohani. Apakah Lee Chang Wei atau Nicol David atau Alex Yoong bukan sebahagian drpd warga Malaysia. Mengapakah tidak wujud perasaan bangga akan penguasaan ekuiti negara oleh BANGSA MALAYSIA , dan bersyukur bukannya bangsa asing seperti warga Singapura mahupun negara asing lain yang menguasai ekonomi negara Malaysia yang tercinta

Sedarlah wahai sahabatku semua, kita adalah bangsa Malaysia... yang melafazkan taat setia kepada Yg Dipertuan Agong. yang merasa bangga tatkala lagu Negaraku berkumandang semasa kejohanan sukan antarabangsa. Bukankah ini lebih baik daripada menjolok talian silaturrahim antara kaum di Malaysia.
Sedarlaa......

Anonymous said...

ask for fun

I like what you said. It is sad that some think that way. lets also start by giving the biggest guy most of the wealth, the thinnest guy get nothing. Size matters,right?

It is funny that people seem to think that all the wealth is in the hands of non malays. Foreigners own 35% of this nations wealth as far as the stock market is concern.

My question is since the 70s and surely the 80s, min 30% have been given to Malays. Min 30%, I think more has been given during IPOs etc. What happen to all those shares and now it is 19&?if they sold and made money, the money has gone into their pockets and local economy. Wrong? If they lost, didn't others loose too?

Anonymous said...

For 50 years, Bumi was given an opportunity to make a difference to stand tall and be counted among the successful race but unfortunately, failed miserably.
My observation is that many of the so call leaders of this nation do not posses the mindset and vision to build the characters of a great race. Bumi are suppressed in their thinking and expression. Just look around you, in campuses, public "debate" and parliament and ask what we have achieved intellectually.
Something has to radically change or else in the next 50 years, this race will go down in history similar to the Red Indian of America.

Anonymous said...

The biggest problem is not the malays. But the malay leaders, who were given the mandate by the malays, to look after and distribute the wealth of this beloved tanah melayu. Not that they never distribute the wealth, but it is distributed amongst them, the leaders, who control the powers.
Stop talking too much about the gap between the malays and the nons. Look at ourselves, there're so many malay tycoons around, amassing their wealth year after year; when at the same time, there're other malays who have to prioritise in every sen they want to spend.
Forget about how we want to compete others in terms of rm; what is much needed is to help other malays stand tall and not walk around with a tempurung asking for some loose change.
We sometime, after being told by these leaders about their success in lifting the malays' economy; brag about those higher percentum of equity the malays hold in this tanah melayu; but we never care so much that the big chunks actually come from those big boys, same ole boys, and their friends, and their brother, sister, cousin...
What do we get? Nothing. It's like telling a person from another kampung that you actually come from this one kampung that has water and electricity - but at the same time, you yourself live in a shack with a well and some candles.
As long as we keep those self-centred, self-money-making-minded, you-need-to-change-your-life-style-i-don't-have-to-leaders, we can continue waiting until the 100th MP, and we'll be talking about the same thing.
May there be one malay leader who really wants to see all, not only some preferred malays walk hand in hand with the nons, the chinese and indians in our beloved tanah melayu.
When? looking at the situation today, hardly before we all close our eye forever. Hope i'm wrong. Amin.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).